Di ambang sore nan hening.
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah
jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah
kau tidak membuat sebarang anggapan??
Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada
kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian
ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur
dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum
sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga
di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta
yg kau berikan.
Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui
bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji
manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.
Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih
aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan
haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian
segi tiga untuk menyelesaikannya.
Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud
dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
dalam bentuk lazim.
Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah
tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg
seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau
belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti
bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg
susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah
mengalami plasmolis.
Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan
kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian........
|